Monday 27 June 2011

Tangani masalah CEMBURU anak sulung



Balqis Batrisya, my daughter yang sangat soft spoken. Even dia baru je 4 tahun tapi dia seorang yang caring. Tapi kadang-kadang dia cemburu dengan adiknya. Lately,dia selalu buat something yang saya memang tak tahan. Saya tak pernah marah dia tapi saya tanya kenapa kakak buat macam tu? Dia just diam...but i know.... ada something yang dia cuba sembunyikan. Sebagai seorang ibu saya faham situasi itu.


Lantas saya membelek buku-buku yang ada dalam simpanan saya. Di harap info ini dapat membantu ibu-ibu yang lain juga.


Tidak kira lelaki atau perempuan apabila semua tingkah laku ini berlaku, ibu bapa akan menjadi runsing apabila berhadapan dengan situasi ini. Macam saya selalu memerhatikan tingkah laku anak-anak. Tambah pulak suami saya seorang pelayar jadi tanggungjawab itu di bahu saya. Menurut pakar psikologi,kanak-kanak sakit hati pada adiknya kerana pelbagai sebab.

Pertama,adiknya itu dianggap sebagai pesaing dalam mendapat perhatian kita. Kedua, bila melihat kita lebih banyak masa melayan adiknya. Ketiga, Apabila anak yang tua terasa dirinya diabaikan. So saya fikir anak saya Balqis mengalami konflik kedua dan ketiga.

Dia akan cuba mendapatkan kembali perhatian ibu bapa dengan menjadi nakal atau bertindak sedih untuk menimbulkan perasaan belas kasihan dan mendapat pujukan serta simpati. Situasi ini berlaku apabila dia sudah tahu bagaimana untuk menunjukkan reaksi dan emosi. Malah tidak mustahil dia akan meluahkan kasih sayang yang spontan dan tulus kepada anda. Rasa tidak selesa yang timbul di kalangan anak yang lebih tua ini akan membuatkan da bertindak di luar jangkaan kita.

Walau bagaimana pun, terdapat beberapa cara cadangan yang kita boleh lakukan untuk menangani masalah itu.


MAAF 
Cuba memujuk dia meminta maaf kepada adiknya jika dia yg bersalah dan begitulah sebaliknya. Ajar mereka memeluk antara satu sama lain. Macam saya guna kaedah maaf,peluk,cium dan sayang. 


RASA TANGGUNGJAWAB 
Seorang kanak-kanak akan rasa bertanggungjawab apabila disuruh menjaga adiknya. Sama jugak untuk si adik di minta untuk menjaga kakaknya. Berikan kerja-kerja mudah untuk dilakukan seperti menyapu,menukar alas tilam,lipat kain, mengambil baju adik dan lain-lain. Sesuatu yang sukar untuk melatih si kecil tetapi boleh dilakukan dengan sabar. Contoh: Ketika bersiar-siar biarkan dia memimpin tangan adiknya.Cara ini boleh digunakan untuk memupuk rasa tanggungjawab dalam diri si kecil anda.


MASA BERSAMA
Walaupun anda penat dan sibuk menguruskan adiknya yang masih kecil,pastikan mempunyai masa  untuk bermesra dengan anak sulung anda. Luangkan sekurang-kurangnya masa 1 jam sehari untuk betul-betul bermain dengannya. Semasa melakukan aktiviti tersebut anda boleh berinteraksi secara positif. Dalam tempoh itu,ambil kesempatan untuk memberitahu kepadanya yang anda sayangkan kepadanya. Dengan ini dia tahu yang dia masih lagi "orang penting" dalam keluarga.


MINTA PANDANGAN
Bagi saya, kanak-kanak walaupun masih kecil.tetapi emosinya begitu sensitif. Oleh itu dia akan rasa lebih disayangi dan dihargai jika kehadirannya mendapat perhatian dari kita. Saya selalu libatkan Balqis untuk membuat keputusan berkaitan adinya Dania. Dia akan rasa bangga jika turut menyumbang buah fikiran.


BELAJAR MENYAYANGI 
Kebanyakkan tingkah laku sosial dipelajari melaui teladan. Oleh itu tunjukkan kepadanya bagaimana menyayangi adik yang masih kecil. Saya sentiasa menyuruh anak-anak saya meluahkan rasa sayang kepada masing-masing. "kakak sayang adik"..."adik sayang kakak". Mungkin ini merupakan satu cara mengajar dia bagaimana untuk belajar menyayangi. Dengan itu dia tidak akan rasa tergugat dengan kehadiran adiknya itu malah akan rasa lebih gembira.


PUJIAN 
Jika dia tunjukkan tingkah laku yang baik,berikan kata-kata pujian kepadanya. Mungkin ada yang menganggap itu adalah biasa tapi percayalah ia akan meninggalkan kesan yang mendalam kepada psikologi si kecil. Ini kerana dia akan mengulangi tingkah laku baik itu setelah mendapat pujian dan ganjaran. 


TANYA PAKAR
Adakala masalah gagal ditangani. Anak yang sulung masih juga cenderung berkelakuan buruk biarpun kita telah melakukan segalanya yang terbaik. Jika tiada perubahan berjumpalah pakar psikologi untuk mendapatkan bimbingan bagi membentuk tingkah laku anak menjadi lebih positif. 


Orang tua-tua kata "melentur buluh biarlah dari rebungnya".

NoNita : Terima kasih kerana sudi baca :)









4 comments:

  1. info sgt berguna utk saye.. thanx for sharing... :)

    ReplyDelete
  2. suke..mmm ikhwan pun camtu gak.. tapi skrg ikha pun dah pandai jeles... huk huk huk

    ReplyDelete
  3. menarik..mmg slalu tjadi kan kalau ank lebih dr 1..:)

    ReplyDelete
  4. marsha..welcome.
    mama ikhwan & ika..........susah ank2 dh pandai jeles ni..suka merajuk
    myza......mmg akak terjadi. klu xde akak mmg xcayelah...haha.

    ReplyDelete