Monday 27 June 2011

Tangani masalah CEMBURU anak sulung



Balqis Batrisya, my daughter yang sangat soft spoken. Even dia baru je 4 tahun tapi dia seorang yang caring. Tapi kadang-kadang dia cemburu dengan adiknya. Lately,dia selalu buat something yang saya memang tak tahan. Saya tak pernah marah dia tapi saya tanya kenapa kakak buat macam tu? Dia just diam...but i know.... ada something yang dia cuba sembunyikan. Sebagai seorang ibu saya faham situasi itu.


Lantas saya membelek buku-buku yang ada dalam simpanan saya. Di harap info ini dapat membantu ibu-ibu yang lain juga.


Tidak kira lelaki atau perempuan apabila semua tingkah laku ini berlaku, ibu bapa akan menjadi runsing apabila berhadapan dengan situasi ini. Macam saya selalu memerhatikan tingkah laku anak-anak. Tambah pulak suami saya seorang pelayar jadi tanggungjawab itu di bahu saya. Menurut pakar psikologi,kanak-kanak sakit hati pada adiknya kerana pelbagai sebab.

Pertama,adiknya itu dianggap sebagai pesaing dalam mendapat perhatian kita. Kedua, bila melihat kita lebih banyak masa melayan adiknya. Ketiga, Apabila anak yang tua terasa dirinya diabaikan. So saya fikir anak saya Balqis mengalami konflik kedua dan ketiga.

Dia akan cuba mendapatkan kembali perhatian ibu bapa dengan menjadi nakal atau bertindak sedih untuk menimbulkan perasaan belas kasihan dan mendapat pujukan serta simpati. Situasi ini berlaku apabila dia sudah tahu bagaimana untuk menunjukkan reaksi dan emosi. Malah tidak mustahil dia akan meluahkan kasih sayang yang spontan dan tulus kepada anda. Rasa tidak selesa yang timbul di kalangan anak yang lebih tua ini akan membuatkan da bertindak di luar jangkaan kita.

Walau bagaimana pun, terdapat beberapa cara cadangan yang kita boleh lakukan untuk menangani masalah itu.


MAAF 
Cuba memujuk dia meminta maaf kepada adiknya jika dia yg bersalah dan begitulah sebaliknya. Ajar mereka memeluk antara satu sama lain. Macam saya guna kaedah maaf,peluk,cium dan sayang. 


RASA TANGGUNGJAWAB 
Seorang kanak-kanak akan rasa bertanggungjawab apabila disuruh menjaga adiknya. Sama jugak untuk si adik di minta untuk menjaga kakaknya. Berikan kerja-kerja mudah untuk dilakukan seperti menyapu,menukar alas tilam,lipat kain, mengambil baju adik dan lain-lain. Sesuatu yang sukar untuk melatih si kecil tetapi boleh dilakukan dengan sabar. Contoh: Ketika bersiar-siar biarkan dia memimpin tangan adiknya.Cara ini boleh digunakan untuk memupuk rasa tanggungjawab dalam diri si kecil anda.


MASA BERSAMA
Walaupun anda penat dan sibuk menguruskan adiknya yang masih kecil,pastikan mempunyai masa  untuk bermesra dengan anak sulung anda. Luangkan sekurang-kurangnya masa 1 jam sehari untuk betul-betul bermain dengannya. Semasa melakukan aktiviti tersebut anda boleh berinteraksi secara positif. Dalam tempoh itu,ambil kesempatan untuk memberitahu kepadanya yang anda sayangkan kepadanya. Dengan ini dia tahu yang dia masih lagi "orang penting" dalam keluarga.


MINTA PANDANGAN
Bagi saya, kanak-kanak walaupun masih kecil.tetapi emosinya begitu sensitif. Oleh itu dia akan rasa lebih disayangi dan dihargai jika kehadirannya mendapat perhatian dari kita. Saya selalu libatkan Balqis untuk membuat keputusan berkaitan adinya Dania. Dia akan rasa bangga jika turut menyumbang buah fikiran.


BELAJAR MENYAYANGI 
Kebanyakkan tingkah laku sosial dipelajari melaui teladan. Oleh itu tunjukkan kepadanya bagaimana menyayangi adik yang masih kecil. Saya sentiasa menyuruh anak-anak saya meluahkan rasa sayang kepada masing-masing. "kakak sayang adik"..."adik sayang kakak". Mungkin ini merupakan satu cara mengajar dia bagaimana untuk belajar menyayangi. Dengan itu dia tidak akan rasa tergugat dengan kehadiran adiknya itu malah akan rasa lebih gembira.


PUJIAN 
Jika dia tunjukkan tingkah laku yang baik,berikan kata-kata pujian kepadanya. Mungkin ada yang menganggap itu adalah biasa tapi percayalah ia akan meninggalkan kesan yang mendalam kepada psikologi si kecil. Ini kerana dia akan mengulangi tingkah laku baik itu setelah mendapat pujian dan ganjaran. 


TANYA PAKAR
Adakala masalah gagal ditangani. Anak yang sulung masih juga cenderung berkelakuan buruk biarpun kita telah melakukan segalanya yang terbaik. Jika tiada perubahan berjumpalah pakar psikologi untuk mendapatkan bimbingan bagi membentuk tingkah laku anak menjadi lebih positif. 


Orang tua-tua kata "melentur buluh biarlah dari rebungnya".

NoNita : Terima kasih kerana sudi baca :)









Mood ke laut




Ahahaha...jauh tak mood saya pegi? Entah ke laut mana mood saya dah sampai. Rasa macam jiwa kosong tak berteman. (Jiwang pulak).  Haruslah mood ke laut kan sebab my sayang kat laut sekarang. Blog pun mcm dah tumbuh rumput sikit malas nak update. Aktiviti menjahit pun macam kurang tapi tetap buat jugak siki-sikit. Order customer banyak yang dah siap tapi ada sesetengah tu saya belom lagi sempat PM. Mood betul-betul ke laut!

Blog kraf pon tak tahu dah la macam mana. Nak edit pun malas sebab saya sibuk melayan anak dan menjahit.
Bila ada masa saya melayan fesbuk, konon nak hilangkan rasa sunyi...tapi hati saya tetap kosong. Beberapa hari yang lepas memang down sangat bila terpaksa berpisah dengan my husband. Baru je berapa hari dia ke laut saya rasa macam dah berbulan tak dengar khabar berita. Risau,rindu semua ada. Ya Allah cekalkanlah hati hambaMu ini.........................

Friday 24 June 2011

SEPAH THE WINNER OF MH 2011....manisnya kurma ini............

Wah! Tahniah kat kumpulan SEPAH sebab jadi juara MAHARAJALAWAK 2011. To my dearie husband you are memang tuk nujum lah..even you tak dapat tengok final MH 2011 i dah  sediakan entry khas untuk tatapan you. So, inilah keputusan MH 2011 :

FIRST: SEPAH (RM350,000)
SECOND: JOZAN (RM 250,000)
THIRD: NABIL (RM 150,000)
FOURTH: JAMBU (RM50,000)

Memang sangat-sangat tak sangka Sepah akan jadi juara sebab mereka merupakan pesaing paling dekat dengan JOZAN. Permulaan lawak dia orang memang sangat lawak sampai abah tak tahan nak gelak. lawak kedua pun sangat bagus. Semua ada unsur-unsur kesedaran.


JOZAN pulak macam kureng sikit lawak tapi tetap maintain.  Lawak kedua JOZAN is better compare lawak pertama yang dia orang buat. Tapi malam ni memang rezeki berpihak pada SEPAH. Kalau tengok keputusan kat atas tu Nabil la yang paling untung. Dia bolot sorang-sorang RM150,00...haha.

Ape pun TAHNIAH jugak pada NABIL dan JAMBU. Kamu semua memang terbaik! 


Thursday 23 June 2011

Doaku Untukmu (doa seorang isteri)

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu diArash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku
dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala
perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala
dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..

MY BLOGLISTs


Wednesday 15 June 2011

AlKISAHnye : MISTERI PARANORMAL..

Seram tak agak-agak tajuk entry i hari ni..wordless Thursday...ada lebam yang entah dari mana datang menyinggah kat siku kiri aku..memang besar sangat lebamnya. Tak boleh nak post gambau nye sebab tak boleh nak transfer.

Malam tadi tido sorang-sorang sebab my sweetheart went to Port Klang. Dari mula lagi memang dah ade rasa takut-takut when my friend yang sorang ni asyik pulak duk cerita pasal paranormal yang terjadi kat dia. I dah suruh dia stop pon still dia duk cerita...erm saje je la tu...nak takutkan aku. Dah habis dia cerita ceritut kat aku dia pun balik la..aku tido xtutup lampu sebab honestly...TAKUT!

Bila pejam mata pon xboleh tido jugak..ish...ish.. I on balik lappy and layan FB la jap. Around 1 am but mata i ni susah betol la nak lelap. Adeh! dah la penat mengemas satu hari kat rumah.

Dan tiba-tiba Kak Azie Mohamad  post something kat wall...sebenarnya tak ade la ape yang seram pon. Tapi bila Kak Rita said bobok i rasa macm dah lain macam pulak.  Apekah????!!! I'm asking back what is the bobok? Kak azie said HANTU!!! Wah....baik punyer....

Huwaaa.....huwaaa....

I make a call....................................



MY HUBBY : Awat tak tido lagi ni? Dah pukul berapa?
I : Erm..tak ngantuk lagi.
MY HUBBY : Kata penat mengemas...p la tido (bla...bla...bla...)
I : Ok syg...(dengan nada berbisik) I takut hantu...

My Hubby gelak! ( kebenaran yang merepek)
Cet,busuk itu orang..huhuhu.

Sekian................











Saturday 11 June 2011

NORA ELENA...best sangat ke?

Erm...petang-petang cam gini memang takde keje lain juz dok blogwalking blog kawan-kawan aje. Anak-ank pun sibuk  buat keje masing-masing sambil duk layan upin ipin kat tv.


Dalam beberapa minggu ni memang dasyat la kalau tengok post kat FB semua duk cakap ....bestnye nora elena....x habis kat situ siap puji melambung tentang keromatikkan seth tan. Well, Nita memang tak tengok nora elena tu. Sebab memang rasa biasa saje nora elena tu. Tambah pulak citenye time maghrib..memang busy dengan anak-anak lagi. 


Macam terlalu mustahil la nak ade lelaki macam seth tan tu. Kalau ade pon maybe one in a million! Itu pon kalau ada la kan...tapi Nita xkisah la pada yang suka tengok tu...terpulang la pada citarasa masing-masing. Jangan sampai ade yang duk membandingkan seth tan tu dengan asben sendiri udah le..sian kat asben.

hahaha.

Lawak jugak bila duk tengok kat fb orang duk cakap pasal nora elena tu. Well,sinopsis from my sis nora elena tu sangat baik la...sopan santun..memang wanita melayu terakhir la gitu. Dengan Seth Tan pulak yang konon-kononnya romantik giler. Tapi yang sangat hairan kan nape la  si Nora Elena tu duk pakai seksi selalu..skirt nampak lutut...myb trend sekarang kot macam tu..haha.


Nasihat from my asben........ "tengok boleh..ikut jangan". So,maknanya, tepuk dada tanya selera  :). Bagus ke tak bagus? Nita tak kondem cite tu tapi macam takut je tengok demam Nora Elena ni. Mana yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan.




Friday 10 June 2011

Pengorbanan Seorang suami


Hari ni last paper papa exam kat ALAM...papa dah habis ambik combined course kat ALAM tu. So,kira genap setahun jugakla papa kat darat. Mama harap semua akan berjalan lancar untuk papa. Papa past all the papers and moga Allah murahkan rezeki Papa. Macam-macam kenangan kita bersama sepanjang setahun itu kan...menangis, suka, sedih, marah, happy, lawak. penat, membebel, stress! gaduh,baik balik,gaduh baik balik,gaduh baik balik...................hahahha. berapa bnyak gaduh daaa....


Memang tak sangka dapat jugak kita satu family harungi waktu setahun yang amat menakutkan itu. haha. Ape taknye, papa tak keje for a year and terpaksa tanggung mama and anak sekali. Termasukla semua aset2 yang ada. Entah cukup ke tidak saving nak tanggung kami selama setahun. Dah la anak dua-dua sedang membesar dan amat perlukan perhatian yang secukupnya. huhu...takut sangat kalau di ingatkan balik masa 1st time papa decide nak sambung belajar dulu. Tapi mama tau dan faham itu la pengorbanan seorang suami demi untuk keluarga tercinta. Teringat mama pada kata-kata hikmah ni:



Barangsiapa bersusah-payah mencari nafkah untuk keluarganya maka dia serupa dengan seorang mujahid di jalan Allah.
 


Last week papa janji dengan mama after exam terus nak gerak balik terengganu...konon-kononya sebab rindu sangat dengan anak-anak. Siap janji nak pergi Kuantan lagi nak tengok maharaja lawak live kat Kuantan. Itu semua plan...kalau tak jadi pon i never mind sebab mama dah faham sangat perangai papa. Honestly mama memang tak kisah langsung kalau papa tak tunaikan janji dia pun sebab mama tau papa dah penat nak habiskan exam dia. and today he should go outing with his BFF tu semua. lepas ni confirm takkan ada masa lagi macam sekarang bila masing-masing dah belayar. So,let you enjoy membujang with your friends.

And atas sebab-sebab "I Never Mind" itu jugak...papa kalau ada masa  confirm bawak mama and anak jalan-jalan. Dalam duk takut tu sempat jugak pergi bercuti kat genting, wonderland. Erm...jalan2 cari pasal, jalan2 cari makan, jalan2 makan angin semua redah bila papa cuti. Cuma tak boleh shopping macam biasa la...and again! i never mind. Maybe papa ade la rasa bersalah sikit kot tp memang Demi Allah tak pernah mama rasa kurang. Ada la jugak kawan-kawan mama yang cakap mama tak up to date, tak cantik, dan macam-macam lagi la tapi mama diamkan aje because i know who i am. Even mama dah lama tak "up to date" papa tak pernah miss puji mama ckp mama manisla...cantikla...kata-kata itu sudah cukup buat hidup saye berseri okey!

Erm....gaduh? Of course la ade gaduh. Gaduh sebab macam-macam. Biasala tu kan semua org gaduh..dah gaduh baik balik. Tak boleh la nak gaduh lama-lama. Nanti rindu..................hahaha. Bila ingat balik rasa berdosa sangat..dah la papa tak kerja..stress selalu fikir takut saving tak cukup. Pastu fikir study lagi...exam lagi...wife lagi...anak-anak lagi.....rumah lagi..kereta lagi..huhu. Maafkan mama kalau selalu mengeluh dan kadang-kadang timbul rasa tak bersyukur. biasala perempuan memang macam tu. But u are very good husband for me..selalu nasihatkan mama macam-macam. I love that part and i know sayang this is too much already. Dia sudah buat semua yang terbaik for me n kids..


Bila papa dah habis exam..maknanya papa dah kena sailing balik. Kuatkah aku? Mama cuba sembunyikan perasaan mama. I dont want to call u kerap sangat and let the time goes by......................









Wednesday 8 June 2011

FREEBIES: NORITA WAGI

Salam kekawan semua....Syukur Pada Allah atas segala kurniaNya. Nita nak update last month punye freebies. Even bisnes Nita baru je jugak lagi tapi syukur dapat jugak Nita buat Freebies of the months...


Sebenarnya Nita nak buat  "freebies day" for the 1st Friday of the months dalam my blog.
Hadiah yang Nita bagi adalah berbeza untuk setiap bulan. Ia akan diberi pada unique follower Nita or u can also leave a comment on my relevant blog post.

Nita harap satu hari nanti Nita boleh bagi freebies yang lagi best kat korang semua!


Jom kita tengok ape yang kak Norita dapat

LOLIPOP





Dan Ini..............i love maritim





Nita pilih Kak Norita sebab dia adalah 1st customer Nita yang order Fridge Magnet.

Couple Charm :

This is special request from NOR & FIQ





TQ DEAR!

Order FRoM AZiE MOHaMAd

Kak azie tempah untuk 3 orang powerpuff girls dia.......


Hopefully anak-anak Kak azie suke...

Order From Wan NOrulkhamisa

Lisa order brooch n hair clip bunga kemboja untuk adik2 dia...hope sempat sampai kuantan!


    

TQ LISA!


Tuesday 7 June 2011

QishniaCraftShoppe: Car Signage-Baby Alyaa

Car signage for Alyaa...90% siap.

MOMMY STORY: Santai bersama Qiqi dan Nia di tepi pantai.

Di suatu senja...........



Rindu kat papa agaknya dia orang ni...best je lepak tepi pantai time-time macam ni. Mama pun rindu jugak kat papa. Sengaja bawak anak2 lepak tepi pantai setelah beberapa hari mama busy sangat nak siapkan order dari customer. 



So...untuk papa sayang meh kita layan gambar anak2 kita ok!
:
:
:
:
:
:
:

 :
:
:
:
 :
:
:
:
 :
:
:
:
 :
:
:
:
 :
:
:
:
 :
:
:
:




On Friday we will see you papa!



Sunday 5 June 2011

BROOCH/HAIR CLIP: ORDER FROM AYU

Nak upload order last week....Nita sangat busy sampai nak jengah lappy kejap pon macam tak sempat. Last week memang pack sangat sampai tido pon kejap2 je..
 
Ni adalah order from my ipar untuk anak buahnya...dia tengah pregnant sekarang. Suruh buat brooch semua colour pink...xtau la anak keluar nnt boy ke girl sebab suka sangat pink :)
 

Yang ni brooch 2 in 1 jugak...brooch+hair clip.


Thursday 2 June 2011

BROOCH :BUNGA KEMBOJA

Hari ni nita nak share brooch bunga kemboja pulak. ni 2nd batch bunga kemboja...sesiapa yang ade tengok dulu nita ada buat kemboja jugak tapi version hair clip?shawl clip. Yang ni nita buat dan jual 3pcs rm5. Tapi warna nita xsempat nak buat...



So, inilah hasilnye...yg 1st batch nita pakai butang colourful..tapi yang 2nd batch Nita pakai butang silver je. Sebab hari tu ade customer request nak yang nampak mcm elegan sikit. 
 


Ini adalah koleksi felt yang Nita ada yang khas untuk buat bunga kemboja dan yang sewaktu dengannya sahaja. Kalau nak request in advance pun boleh juz PM je Nita. Insyaallah Nita buatkan :)




Nonita: Love.craft.Art.

Wednesday 1 June 2011

BROWN PAPER BAG: ORDER FROM ALONG AZRA

Nita just nak update paper bag and potpuri yang di order oleh customer merangkap sepupu saye untuk majlis rumah baru mereka. Design agak simple sebab kak long bagitau sangat-sangat lambat. So,tak boleh nak buat stamping sangat sebab makan masa...so take a look :)



Potpuri ni Kak long request nak colour pink and kecik-kecik aje. So,Nita pack setiap satu dalam plastik sebab nak elakkan bau potpuri tu bercampur dengan makanan yang nak di letakkan sekali dalam paper bag tu.



Yang ni pulak,brown paper bag. Stamping sangat limited sebab xsempat nak kejar masa.
 
 
Dah siap semuanya 100pcs paper bag and 100 pcs mini potpuri.
Semoga majlis kak long berjalan lancar :).
 
Nonita Imran: Pada sesiapa yang berminat dan nak order boleh call Nita terus 013-2720928.





Blog ku dah Bersalin kulit

Assalamualaikum semua.....


Alhamdulillah syukur sangat. Thanks to Intanurulfateha sebab tolong edit blog akak. Sangat puas hati tau dik! Harap-harap lepas ni rajin la mengupdate blog...hihi..mudah-mudahan...amin.

Memang seronok sangat-sangat tengok blog ni...kesian kat Intan kena dera dengan akak.

Kalau anda-anda semua nak blog cantik (perasan!)bolehla suruh cik Intan kita ni.  kat blog Intan pun banyak sangat tutorial tentang blog so boleh la pegi jalan kat sane ye.. Cik Intan ni kan, Semua soalan atau ape jugak masalah kejap je dia setel...memang akak tabik spring la kat Intan ni...hihi.

So,nita tak boleh lama-lama kat sini sebab nita ade bnyak sangat keje nak setel. thanks again to Intan. Akak love you very strong! Moga Intan teruskan niat suci Intan mengajar orang lain k.

Sori.....penulisan sangat teruk sebab nita kejar mase. Jangan lupa nanti tinggal komen...huhu bg yang ikhlas la k. TQ.