Monday 2 April 2012

Al-kisah boringnye....

Boring dan masih di kampong halaman. Si Dania tak tau nak buat apa and just golek-golek di dalam bilik. Baring-baring and snap gambar. Memang xdok keje namanya...hahahaha.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday 29 November 2011

Hujan Oh Hujan!

Hi everyone! Sekarang asyik hujan je. Nak keluar rumah pon macam malas. Dah la sekarang cuti sekolah kan. Mesti ramai yang ambik cuti. Jalan mesti jam giler la. Duduk di rumah sambil melepak with my mil and the princess lagi berbaloi.

Rasa precious sangat bila habiskan masa bersama-sama. Dapat melihat keletah si anak yang makin membesar bagai juara! Lah sangat kan. Honestly bila imran on board saya lebih suka duduk di rumah. Memang tak larat nak handle budak berdua itu.

Nak dijadikan cerita, bila time hujan ni kerjanya makan.....makan....dan makan..hihihi. Masa minum petang saya and my mil sempatla chit chat sambil makan cekodok pisang panas. Sangat heaven. Minum pulak dengan tea panas. Syok habislah. Very long conversation. Dari satu cerita ke satu cerita. Macam-macam cerita yang keluar.

Mostly pasal suami saya yang sekarang jauh di mata. Miss him so much! Dania pun sibuk menyampuk. Orang bercakap pun dia nak cakap. Orang bercerita dia pun nak cerita. Tapi cakapnya merepek. She's so cute bila bercakap dengan slang yang entah apa-apa tu. Neneknya cakap perangai saling tak tumpah sama macam papa. Memang macam papa pun..muka sebijik!



Borak punya borak sampai tak sedar langsung dah pukul 6.30 petang. Ok,time bersiap-siap tengok Tentang Dhia pulak. Bila musim hujan memang macam inilah duduk saja dirumah and isi masa padat-padat!

Wednesday 17 August 2011

Si baik dan si buruk.

Sesuatu yang baik pasti ade buruknya..
Sesuatu yang buruk pasti ada baiknya..
Kita bukan manusia perfect untuk judge sesiapa sahaja di sekeliling kita.
Hanya Allah sahaja yang berhak ke atas sesuatu. 
Emak saya selalu berpesan jangan diingat sesuatu yang buruk sahaja, maka hitamla hati kita.

Tapi sebaik mana rapatnya si baik dan si buruk ini..salingla memperlengkapkan semoga kita semua baik-baik sahaja berada di bawah rahmat Allah. Jangan memperlekehkan hidup yang hanya sesingkat cuma. Hidup tak selamanya bertongkatkan langit.

Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”


Sunday 31 July 2011

Ahlan Wa Sahlan ya RAMADHAN...rinduku bertemumu.





Alhamdulillah syukur sangat ke hadrat Allah SWT kerana saya masih diberikan nafas untuk beribadat kepadaNya. Ramadhan datang lagi tapi tahun ini terasa amat berbeza sekali sambutan. Saya hanya berpuasa bersama anak-anak kesayangan saya...Balqis dan Dania. Mereka adalah puteri-puteri comel saya yang sentiasa menemani saya.

Insyaallah. 

Saya berharap semoga saya masih lagi diberi kemudahan untuk melakukan ibadat puasa itu nanti. Honestly, saya tidak tahu samada saya betul-betul kuat untuk hadapi saat ini sendirian. Tanpa suami saya di sisi. Yes, i know...dia ke laut demi untuk mencari kami sesuap nasi...tapi saya tak dapat menipu perasaan saya. Saya sangat jeles dan cemburu melihat kawan-kawan yang seangkatan saya dapat berpuasa bersama suami masing-masing...huhuhu.. 

Saya sangat-sangat jeles ok!


But thank God..saya masih ada dua orang puteri yang sama-sama akan menemani saya sebulan berpuasa. Of course. Saya masih ingat dulu masa anak-anak saya masih kecil saya selalu cakap my daughter like anak ulat sutera. Sangat comel,mulus,bersih. Beza umur mereka tak sampai pon setahun sebenarnya. Saya rindu saat-saat saya amat kelam kabut ketika itu menguruskan kedua-dua my lil princess sorang-sorang. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa saya kuat untuk menghadapi saat itu. And i really proud i can handle it!! and im pass already...hahaha. Saje nak motivate kan diri sendiri.


Hurm...dah lama xjual kerepek jadi bnyak plak yang nak direpeknye kan..Actually nak cerita saat-saat indah sebelum Ramadhan menjelma. I told my lil Balqis what is puasa. Penat saya duk bercerita itu ini dan dia pulak macam biasala bnyak pulak soalnya..saya tetap menjawab dengan jujur dan ikhlas. We have a really great time that moment. Papa you must knew it when Balqis so many question tanya itu ini kan.. :) 


So,dipendekkan cerita..semasa saya berjumpa dengan suami (off duty jap) kami sempatla menghabiskan masa bersama ke centre point kemaman. Sebenarnya Balqis dah lama mintak saya belikan dia tudung..but i quite fussy jadi tak beli-beli tudung dia ni. Kesempatan yang ada itu dia mintak papa belikan. Sangat cantik dan comel. Red for herself and coklat for Dania. Dia cakap nak pakai tudung ni dengan mama pegi solat kat masjid. Tapi dah dua hari ni pergi mana pon dia nak pakai tudung. Of course as a mom i am happy. Saya harap Balqis akan sentiasa jadi anak yang baik,sopan dan disenangi. Sama jugak Dania. Mama selalu doakan yang terbaik buat kamu.


Dan semoga Ramadhan kali ini memberi saya kekuatan menghadapi hari-hari yang mendatang dengan tenang dan sabar walau pun tanpa ditemani suami. Diharap suami saya diberikan kesihatan yang baik dan kelapangan melakukan ibadah Allah. Semoga segala amal kita untuk Ramadhan kali ini diberkatiNya. Amin.