Monday 27 June 2011

Mood ke laut




Ahahaha...jauh tak mood saya pegi? Entah ke laut mana mood saya dah sampai. Rasa macam jiwa kosong tak berteman. (Jiwang pulak).  Haruslah mood ke laut kan sebab my sayang kat laut sekarang. Blog pun mcm dah tumbuh rumput sikit malas nak update. Aktiviti menjahit pun macam kurang tapi tetap buat jugak siki-sikit. Order customer banyak yang dah siap tapi ada sesetengah tu saya belom lagi sempat PM. Mood betul-betul ke laut!

Blog kraf pon tak tahu dah la macam mana. Nak edit pun malas sebab saya sibuk melayan anak dan menjahit.
Bila ada masa saya melayan fesbuk, konon nak hilangkan rasa sunyi...tapi hati saya tetap kosong. Beberapa hari yang lepas memang down sangat bila terpaksa berpisah dengan my husband. Baru je berapa hari dia ke laut saya rasa macam dah berbulan tak dengar khabar berita. Risau,rindu semua ada. Ya Allah cekalkanlah hati hambaMu ini.........................

No comments:

Post a Comment