Friday 15 July 2011

Rasa Bersalah.


Abdur Rahman bin Auf meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda, maksudnya:

Seorang yang membuat susah kepada suaminya dalam hal belanja
atau membebani sesuatu yang suaminya tidak mampu,
maka Allah tidak akan menerima amalan wajib & sunatnya.


Rasa amat-amat bersalah. Saya tak tahu samada saya merupakan isteri yang benar-benar menghargai suami saya sepenuhnya. Yes,i do love him...so much. Tapi sejauh mana cinta saya pada suami? Even setiap sen yang saya keluarkan saya bagitau suami saya tp masih berkat kah apa yang telah saya belanjakan?

T__T

Tadi saya keluar makan pizza with my daughter. Memang seronok la pergi makan...makan best la kiranya kan. Actually, saya tak adalah suka sangat makan pizza, tapi sebab Balqis dah memujuk-mujuk saya apa salahnya saya bawa anak-anak pergi makan kan. Lagi pun petang tadi rasa dah  ok sikit selsema ni.

So, kami bertiga pegi makan. Masa seronok tengok anak-anak makan tu saya tiba-tiba macam nak nangis. Sedih sangat tengok anak-anak makan. Hati rasa sangat sayu. My husband suka sangat pizza. Kalau keluar mesti nak makan pizza. Kalau tak makan kat luar pun mesti dia nak beli bawa balik.

Sambung cerita balik..nape saya nak nangis? Saya sedih mengenangkan saya dan anak-anak seronok makan pizza kat sini, suami saya makan ape agaknya kat tengah laut sana. Ye, saya tau kat atas kapal tu ada cook yg tolong masakkan tapi samakah dengan apa yang kita makan kat sini. Suami saya sedang berpenat lelah di lautan untuk mencari rezeki untuk saya dan anak-anak. Suami saya nak saya dan anak-anak rasa selesa. Suami saya selesa kah?

Seingat saya, sepanjang bergelar isteri kepada Mohd Imran, hidup bersederhana adalah perkara terbesar yang saya belajar dengan suami. Saya bukan seorang isteri yang suka meminta-minta. Saya tau kemampuan suami saya. Ramai yang cakap kahwin dengan orang kapal ni best duit bnyak melambak..hidup senang. Pandai-pandai aje kan. Kami pun macam orang lain jugak nak kena bayar itu ini..belanja anak-anak lagi. Bagi saya sama saja.

T__T

Saya berharap saya akan lebih sedar dan mengenali diri. Saya tak mahu menjadi seorang isteri yang tak bersyukur dan selalu menyusahkan suami. Saya harap hidup kami sekeluarga akan bertambah baik setiap hari dan sentiasa berada di bawah rahmat & lindungan Allah SWT. Semoga suami saya diberikan kesihatan yang baik dan kelapangan dada untuk melakukan ibadah Allah.

3 comments:

  1. untung suami akk dot ak..iqa akn selalu ingt pesan akk

    ReplyDelete
  2. jgn risau kak.. atas kapal kan ade cook.. :) nt die balik, ajak die makan piza sesame ek... namo nenanges lah!

    ReplyDelete
  3. Ika: akak yang untung :P
    Intan: dia ckp cook masak xsedap. main taruk aje...kdg2 xde rasa.

    ReplyDelete