Wednesday, 23 March 2011

BOTOL SUSU BPA FREE


 Pagi tadi bukak2 je FB penuhla iklan2 yg duk promot btol susu BPA free ni. Tiba2 rasa eh apa BPA ni? Selalu dengar tp jarang sgt kot yg nak ambik tau kan..erm,sama la mcm sy pn..sejauh mn kita tau pasal BPA ni. Jd sy pn mula la search.. sebutan penuhnye ialah bisphenol A. Bisphenol A ni merupakan bahan kimia  yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar. Manakala Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi.

Mungkin ramai yg xtau Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan haramkan penggunaan botol susu yang ada bahan kimia polikarbonat yang mengandungi BPA pada 1 Mac 2012 dan akan dilakukan secara berperingkat.. Lama lg tu kan? Nape lama sgt baru nak haramkan botol susu yg ada BPA ni ye? Kerajaan kata nak bagi tempoh kat kilang2 supaya buat persediaan untuk ganti bahan bahan bagi menggantikan pengeluaran botol yang selamat dan bebas dari BPA.

Ramai ibu ibu yang sayang nak buang botol susu yang lama digunakan. Lagi pn nk beli botol susu yg BPA free ni rata2 bukan murah sgt kan? Klu nk compare ngn botol susu biasa botol susu BPA free ni mahal la ckit. So, ibu2 smua..tak payah sayang le botol2 susu tu. Memang le botol susu BPA free ni mahal tapi bagi menjamin keselamatan bayi anda, beli la, tak rugi apa apa.
Kenapa mahal botol tanpa BPA ni? Tak tau le kenapa mungkin kilang tak banyak keluarkan botol bebas bpa kot n kos nk buatnye pn mahal ckit kot.
Kenapa bahaya BPA ni ye ?....................

BPA bahaya kalau terus terkena air panas atau dipanaskan, bahan kimia tadi akan bertindak balas dan meresap dalam susu. Kalau botol tadi calar pun bahaya jugak sebab bahan kimia tu mudah  bercampur  dgn susu. So,sentiasa la cek botol susu ank2  takut2 ada yg tercalar..bahaya tu tau.

Kesan kepada bayi.....bayi mempunyai kadar perkemuhan yg rendah kerana bnyak organ perkumuhan mereka (buah pinggang) belum matang. Pengumpulan bahan sisa BPA beri kesan negative. Yang akan mengganggu keseimbangan hormone yg diperlukan bagi pertumbuhan fizikal.
BPA juga dikaitkan dgn risiko tinggi penyakit kanser payudara, prostaten dan ovari. Ia jg penyumbang kepada penyakit attention hyperactivity disorder  (ADHD) kanak2 menjadi terlalu aktif.


Jika terpaksa juga mencari botol plastik, cuba elakkan dr membasuh dgn air panas atau sabun berulang kali memadai dgn air paip yg mengalir. Kita yang dewasa pn cuba elakkan dr minum air atau memakan makanan dr bekas plastik.. seeloknya minum air dr bekas kaca atau aluminium.

Buat masa sekarang ada cara cara dan peraturan yang perlu diikut kalau nak jugak guna botol susu ada BPA tapi dinasihatkan baik guna le yang botol susu yang BPA free (bebas dari BPA). Cara cara yang dinasihatkan oleh kementerian kesihatan kalau guna botol susu ada BPA ialah
- jangan guna air panas secara terus menerus ke atas botol tu.
- basuh lah botol dengan span lembut, bagi mengelakkan botol tercalar.
-tukar botol susu setiap 6 bulan sekali.

Jenis jenis Botol Susu BPA Free brand/jenama apa yang bagus? Sekarang banyak dah di pasaran botol susu yang bebas BPA… PureenAvent , sassy MAM, Safety Plus, Bumble Bee dan Pigeon,nuby,green to grow,medela,tomAmee tippee,evenflo.think bby. Rupanya bnyak je botol susu yg Bpa free ni kt pasaran. Cuma terpulang pada masing2 la nk pilih yg mana2. its ur choice darling2 smua.



No comments:

Post a Comment